Thursday, November 11, 2010

CARTA FUNGSI

CARTA ORGANISASI

PIAGAM PELANGGAN

PUSPEN JERANTUT
Sesungguhnya kami warga PUSPEN JERANTUT sentiasa komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada pelanggan. Kami juga dengan penuh tekad dan iltizam berikrar akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan:
  • Merawat dan memulih penagih dadah berasaskan Modaliti Psikososial dan menerapkan komponen Terapi Kekeluargaan (TK) dalam tempoh 24 bulan.
  • Menjaga kebajikan dan keselamatan penghuni sepanjang tempoh menjalankan rawatan dan pemulihan.
  • Mematuhi Perintah Tetap Ketua Pengarah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
  • Memastikan pelanggan yang berurusan mendapat layanan segera dan mesra.
  • Bersedia menerima sebarang teguran membina dan memperbaiki kelemahan demi kepentingan dan nama baik PUSPEN.
  • Menilai pelaksanaan program rawatan dan pemulihan sekurang-kurangnya sekali setahun.

PENGENALAN


Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jerantut telah dibangunkan pada 16 November 1986 di atas tapak Pasukan Polis Hutan (PPH) seluas 59.43 ekar atau 24.04 hektar. Hak milik tanahnya telah diserahkan pada 18.11.1986 oleh PPH. Pusat ini telah diteroka oleh pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Perlop. Pegawai Penyelaras, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jerantut pada masa itu  iaitu En. Mohd. Nor Bin Jaafar telah berurusan dengan Kontraktor Azhar Transport And Service dan Komandan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Perlop iaitu Mejar Alias Bin Hashim untuk meratakan tanah di Lot 1027 bagi pembinaan asrama pelatih. Keseluruhan pembinaan asrama dan bangunan pejabat telah dibina oleh pelatih sendiri dan diselenggara oleh kakitangan pada waktu tersebut.

Penwartaan pusat ini bernombor P.U.(B)190 bertarikh 09 April 1987.Pada April 1989 mula dikenali sebagai Pusat Serenti Jerantut ekoran penyeragaman oleh BRPD di seluruh Malaysia. Lokasi pusat ini terletak 4 km dari bandar Jerantut. Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jerantut telah berubah wajah daripada kawasan paya dan hutan yang kini sebahagian daripada kawasan tersebut telah dibangunkan dengan infrastruktur dan kemudahan untuk penghuni dan kakitangan. Walaubagaimanapun, identiti dan geografinya yang berbukit bukau tetap dikekalkan bagi mewujudkan nilai estitika.